Thursday, April 22, 2010

Hari Sukan Pasti Kawasan Puchong 2010



Pada 10 April 2010 (Sabtu) yang lalu..... telah berlansung Hari Sukan Pasti Kawasan Puchong 2010, bertempat di Padang Taman Puchong Indah..... Pasti An-Nur ( Taman Puchong Intan ) telah bertindak sebagai tuan rumah untuk pertandingan ini.

Hari Sukan ini melibatkan dua acara yang dipertandingkan antara pasti-pasti kawasan Puchong iaitu :-

1. Bola Sepak ( Pelajar Lelaki )
2. Bola Jaring ( Pelajar Perempuan )

Tahun lalu Pasti An-Nur Taman Puchong Intan telah menjadi juara untuk acara Bola Sepak.....dan mewakili kawasan Puchong untuk pertandingan peringkat Negeri Selangor..... tetapi untuk tahun 2010 Pasti An-Nur gagal untuk mempertahankan kejuaraan tersebut.

Walaubagaimanapun skuad Bola Sepak An-Nur tetap berlawan habis-habisan, cuba nasib tidak menyebelahi mereka...

Tahiah kepada pemain-pemain Bola Sepak & Bola Jaring AN-NUR.... Tahniah juga kepada pasti yang telah memenangi kedua-dua acara tersebut.


Suasana hujan sepanjang pagi..... tetapi pertandingan tetap terus dijalankan....Hujan sama sekali tidak mencacatkan acara yang berlansung....Budak-budak.... Lagi lecak...lagi seronok bermain...hehehe

Sekitar Hari Kejohanan...urusetia sedang sibuk membuat persiapan.

Pasukan Bola Jaring, walaupun tidak menjadi johan...tetapi tetap memberikan saingan kepada pasukan lawan.

Cikgu Su & Cikgu Tina sedang memberikan kata-kata semangat kepada pasukanBola Jaring An-Nur...

Skuad Bola Sepak Pasti An-Nur....nampaknya geng-geng nie gagal mempertahankan kejuaraan Bola Sepak yang dimenangi Pasti An-Nur tahun lalu. Kita doakan tahun depan An-Nur menang semula untuk semua acara.....

Tuan Pengurus Pasti An-Nur turut memeriahkan hari pertandingan...

Piala Pusingan Bola Sepak & Bola Jaring yang gagal dipertahankan oleh Pasti An-Nur....InsyaAllah tahun depan piala ini akan kembali ke Pasti An-Nur... hehehe..amen

Antara hadiah-hadiah yang diberikan pada pemenang-pemenang.

Saturday, April 10, 2010