Monday, October 25, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru 2011



Hari Bakat Pasti Kawasan Puchong 2010







Pada 24 Oktober 2010 yang lalu telah berlansungnya Hari Bakat Pasti Peringkat Kawasan Puchong bertempat di Fakulti Ekologi Manusia,UPM Serdang.

Seluruh Pasti Kawasan Puchong telah mengambil bahagian. Antara acara yang dipertandingkan adalah seperti Azan, Khutbah, Bercerita, Pidato, Hafazan & Nasyid.
Alhamdulillah semua acara berjalan dengan lancar disebabkan persediaan yang baik oleh para pelajar, dibawah bimbingan guru Pasti masing-masing.
Pemenang keseluruhan telah dimenangi oleh Pasti Ainul Mardiah dengan membawa piala pusingan pada tahun ini.

Majlis Penutup telah dirasmikan oleh YB Dr Syafie Abu Bakar, ADUN Bangi dan diiringi oleh YDP Pas Kawasan Puchong serta Ketua Pemuda Pas Kawasan Puchong.

Tahniah kepada semua pasti yang terlibat dan yang telah memenangi setiap acara yang dipertandingkan.

Tuesday, October 19, 2010

Pendaftaran Pelajar Baru 2011

Salam buat pengunjung blog Pasti Annur, Taman Puchong Intan. Untuk makluman semua, terutama kepada Ibu Bapa yang berhajat untuk mengantar anak-anak ke pendidikan pra-sekolah, kami PASTI ANNUR, Taman Puchong Intan sudah pun membuka ruang untuk pendaftaran bagi sesi pengajian 2011.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan Pasti di no talian yang disediakan.

- maklumat penuh akan disediakan kemudian.
Fa Alif Dhod